09:29 0

Ahli Sofazr Bergaduh Sesama Sendiri

Ahli Sofazr akui bergaduh sesama sendiri. Walaubagaimanapun, kumpulan Sofazr menganggap pergaduhan antara ahli yang kerap berlaku mampu mengeratkan lagi hubungan dalam sesebuah kumpulan muzik.

Vokalisnya Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyidin berkata, situasi tersebut berjaya menjadikan kumpulannya itu mampu bertahan 10 tahun bersama enam orang ahli tanpa bertukar ganti sehingga sekarang.

"Sebenarnya, tip untuk sesebuah kumpulan itu kekal lama ialah mereka perlu bergaduh. Bukan mudah untuk menjadi salah sebuah band yang mampu bertahan dalam tempoh yang lama.

"Ini kerana ia boleh menunjukkan sikap sebenar diri kita tanpa berselindung. Kami sering bergaduh daripada dulu sehingga sekarang.

"Kalau nak tahu, saya rasa memang kebanyakan kumpulan muzik yang masih kekal juga mempunyai konsep yang sama macam kami. Alhamdulillah, Sofazr masih lagi bergerak bersama enam orang yang sama," katanya.

Tambah Ameer, perbalahan yang tercetus juga membuatkan mereka masing-masing menjadi matang selain lebih mengenali baik buruk diri ahli-ahlinya.

Kumpulan itu turut dianggotai oleh Nazarimi Zahari (Zimi), Wan Syah Baharin Niktah (Syah), Wan Shah Baharom Niktah (One), Ahmad Fairouz Mohammad (Fairuz) dan Rodie Jamun (Rodie).
-mstar-

0 comments:

Post a Comment