Searching...
11:20 0

Anak ketua pengarang TV3 maut




Temerloh: Anak kepada Ketua Pengarang Berita TV3, Mohd Khaidir Ahmad terkorban dalam kemalangan di Batu 4, Jalan Mentakab-Karak, kira-kira jam 8.30 malam tadi.
Jurucakap polis berkata, mangsa, Muhammad Luqman Mohd Khaidir, 27, meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan serius selepas kereta dinaikinya bersama dua rakan bertembung dengan kereta dari arah bertentangan.

“Siasatan awal polis mendapati kenderaan dinaiki mangsa dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta lain.
“Identiti pemandu dan seorang lagi penumpang bersama mangsa masih belum diperoleh… kedua-duanya mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya.
Difahamkan, jenazah Muhammad Luqman dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lebak Muslim, Temerloh selepas subuh.

0 comments:

Post a Comment