11:47 24

Bapa Buat Laporan Polis Anak Kena Rotan Cikgu



BUTTERWORTH – Seorang bapa mendakwa anaknya kini mengalami tekanan emosi setelah seorang guru wanita merotan dan mengusirnya dari sekolah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

 
Syahrul Asmawi Rashid, 35, berkata akibat kejadian Jumaat lepas itu, anaknya Nur Emilia, 12, murid Tahun Enam sebuah sekolah rendah di sini, kini trauma dan tidak lagi mahu ke sekolah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, katanya anaknya memaklumkan guru itu turut mengarahkannya mengambil borang tukar sekolah dan berpindah sekolah.

Syahrul yang berkerja sendiri berkata dia mengetahui kejadian itu pada kira-kira 9.30 pagi Jumaat apabila dihubungi guru terbabit yang memaklumkan anaknya telah pulang ke rumah kerana gagal menyiapkan kerja sekolah.

“Saya terkejut dan terus keluar mencari Emilia kerana dia tidak  pulang ke rumah sedangkan rumah kami terletak tidak sampai 100 meter sahaja dari sekolah tetap kemudiannya berjaya menemui anak sulungnya itu sedang menangis di kawasan kampung,” katanya.

Syahrul berkata anaknya tidak menceritakan insiden yang menimpa dirinya itu sehingga rakannya datang pada sebelah petang dan memaklumkan kejadian sebenar.

“Bila kawan dia cerita, baru Emilia berani muka mulut dan menceritakan perkara sebenar dan kami kesal dengan sikap guru yang tidak hiraukan keselamatan muridnya apabila menghalau pelajar balik ke rumah,” katanya.

Katanya dia membuat laporan polis semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Tarmizi Kamaruddin ketika dihubungi berkata guru besar sekolah itu diarah menyiasat dakwaan itu.

“Mungkin cikgu itu mengambil tindakan mengikut emosinya kerana mengikut prinsip pendidikan guru tidak boleh menghalau anak murid kerana pelajar mempunyai hak untuk berada dalam kelas bagi menuntut ilmu,” katanya. – Bernama

24 comments:

  1. Nauzubillah.. mnta2 jauhkan GURU mcamni.. Mengajar murid biarlah kerana ALLAH, bukannya kerana hawa nafsu dan emosi semata2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus cikgu tu !!!! ambil berat tentang anak murid dia yang malas buat kerja sekolah !!!! dah lah malas buat keja sekolah, cikgu marah dan rotan sikit terus lari balik rumah !!!! manja sangat budak2 sekarang !!!!

      Delete
    2. Tak semua guru bersikap begini tapi saya juga mengalami perkara yang sama dimana anak sulung saya ( ketika itu darjah satu) dipukul dgn rotan ssesuka hati. Mulanya saya jumpa guru berkenaan kerana saya lihat pencapaian anak yang teruk dalam pelajaran, guru itu dengan nasihat yang menjela2 minta saya beri perhatian penuh pada anak..saya akur tapi saya lihat anak saya masih tak dapat memahami pelajaran even pada perkara2 yang simple. Satu malam saya naik marah dan cuma nak rotan anak , sebaik saya angkat rotan dia macam fobia dan merenung rotan sambil menggigil dan saya rasakan sesuatu tak kena.. saya siasat dan datang sekolah sewaktu rehat..sungguh sedih..anak saya macam kera sumbang ..tak tahu saya nak cakap. pendek cerita saya dapat tahu dari rakan darjah mengatakan cikgu jadikan anak saya model yg tak bagus dan berdiri luar darjah sepanjang kelas beliau, minta anak murid lain jgn berkawan dgn anak saya disamping dirotan macam ular kena palu ( pengakuan anak dan rakan darjah) serta menggunakan perkataan Bodoh!! tak guna!! sampah masyarakat!!!Celaka cikgu itu!!anak saya baru nak kenal sekolah..saya minta anak saya ditukar sekolah, kaunselor sekolah minta kami tangguh sbb nak siasat, alasan tak tahu menahu tentang kes anak saya..sekarang anak saya belajar di GMI..kepada guru berkenaan dan juga guru-guru lain tugas kalian mengajar bukan kalian boleh tentukan apa yang akan jadi pada anak murid,. Allah S.W.T akan beri hidayah pada sesiapa pun even kepada anak murid yang cikgu anggap BODOH!!SAMPAH MASYARAKAT dsb..Tugas guru memang mulia tapi kalau guru macamni lebih baik berenti kerja kerana khuatir tugas akan bawa guru berkenaan ke NERAKA JAHANAM!!!

      Delete
  2. zaman skang ni, sikit2 report..agaknye kalau mak bapak zaman dulu tu mentaliti sama mcm ni, dah kosong dh skolah ak..ramai kene pecat. Yela sy xsiap homework kene cubit sampai berkesan, ponteng latihan sukan kene berlari padang, lupe bawak baaju sukan kene lari padang..haighh..

    ReplyDelete
  3. aku dulu kalu ngadu jawabnya kena tambah lagi lagi hukuman... pernah kena rotan dengan kayu kat belakang.. darjah 2 tu... tapi tak ngadu pun.. tak report pun.. kadang murid2 tu yg kurang hajor... tapi buat cerita... ayah kena rasional jugak... betul ke anak aku ke aku kena tipu untuk anak tutup salah dia... apa pun bagus la.. report saman and kalu boleh bunuh je cikgu tu... sekarang cikgu org dah tak hormat sebb tu banyak anak luar nikah...

    ReplyDelete
  4. Syg ank terlebih..anak sndri x bwt keja skolah x mrh..mcm ni nk kta diri parent??..trok btoi..

    ReplyDelete
  5. sbb 2 lar rata2 kita tgk bdk2 skrg kurang ajr ,malas,degil ni semua terjadi dr bagaimana ibu bapa iti sendiri mendidik ank2 klu di ikt semua nya ner bdk2 skrg x pijak kepale,fikir masa dpn ank 2,sok lau dimanja kn sgt x elok jd nye lum tau dia nk menjage ibu bapa dia jgn la ckit2 report cikgu nk jge berpa ratus pelajar dia pn manusia biasa de thp kesabaran nya

    ReplyDelete
  6. salah mak bapak...aku kata sebab aku pun ada anak. anak aku pon dipukul cikgu sbb tak buat kerja sekolah. Dapat surat amaran dari cikgu, suruh tandatangan pengesahan makbapak....aku tambah lagi rotan kt anak aku....aku ulang lagi sekali.....mak bapak yang salah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukar perkataan dihukum..itu lagi best sikit dari dipukul kang ada plak org2 sengal ckp oo cikgu skrg salah sikit pukul je kejenya heheh..

      Delete
  7. Anak bodoh salah kan sape?? Cikgu jugak...bila pandai mak bapak katakan apa...sy yg ajar kat umah..abis cikgu?? Mkn gaji buta??? nk ucap terima kasih kat cikgu jauh sekali..ada sbb cikgu marah..bagus pun rotan..aku setuju sgt!!! Aku pun rotan ank aku kalu malas..skrg nk ckp masuk tlinga knan kluar tlinga kiri..pas tu tokok tambah citer...yg mak bapak percaya...tgk dulu keje ank dulu..bkn senang nk jd manusia..aku dulu pun kena rotan..elok jer..x truma pun..nk jd bodoh mudah jer...x yh buat apa2..dok umah..mkn tido..mkn tido..manja sgt ank tu...mak bapak yg salah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...

      Delete
    2. Betul tu dah malas buat kerja rumah kena rotan lerrr..manjakan anak biar bertempat...

      Delete
    3. Alhamdulillah..kerana rotan saya jadi manusia berguna..jangan ada sesiapa yg menyesal kelak sekiranya anak2 yg dipertahankan & dimanjakan skg tidak menjadi seperti yang di harapkan lantaran cara ibu bapa mendidik mereka..

      Delete
  8. adoi..aper la nk report2 bagai..naik lemak la budak tu nanti..mmm..dunia2

    ReplyDelete
  9. Patut2nya si bapak nie jumpa cikgu tegur2 dan bincang pasal nie kadang2 jgn lupa cikgu pun ada stress ..dan si anak lak marah2 sikit sbb x siapkan keje..n last disini tunjukkan juga ..si bapak nie pun langsung x penah ambil tahu hal pelajaran anak kot..kalau dia ambil tau..xkan jadi kes camnie..

    ReplyDelete
  10. Alaa.. Cikgu kat sekolah mengajar je.. BUKAN TUKANG DERA MURID.. ape lah.. apa2 pun, budak ni seorang pelajar... tahu x makna pelajar. BELAMBAK lg graduate yg nak msok jd guru. buang je yg brsikap emo....

    ReplyDelete
  11. BAPAK DIA MARAH KAT CIKGU TU SEBAB, MASA ZAMAN SEKOLAH DULU BAPAK DIA PUN MALAS BUAT KERJA SEKOLAH!!!!!! BAPAK DIA DULU MASA SEKOLAH DULU SUKA MELAWAN CIKGU !!! TU SEBAB DIA MARAH SANGAT KAT CIKGU TU !!!!

    ReplyDelete
  12. Komen macam2 berdasarkan sumber dr paper haprak ni...tolong la..kesahihan fakta berita paper ni bukan boleh percaya sangat. Mohon digunakan otak tuan2 dengan sebaik mungkin. T.k.

    ReplyDelete
  13. skang ni anak2 mkin manja..bkn mcm dlu..klu aq dlu wat bgtu,mmg kna rotan lg dgn ayah jwbnya...

    ReplyDelete
  14. Cara guru merotan murid kerana x siap keje sklh mmg sy setuju guru buat mcm tu,cuma jgn dihalau murid kuar dr sklh kerana mungkin akan berlaku sesuatu perkara buruk keatas kanak2ni atau kanak2 ini membuat suatu perkara yg x elok akibat dimalukn begitu dihadapan kwn2 yg lain.mmg anak2 zaman skrg terlalu manja tp kita boleh guna altenatif lain seperti denda berdiri,menulis 100 ayat @ menjinjeng kerusi atas kepala.sy sebagai guru kita jauhknlh marah Mengikut perasaan n itu adalh Asam garam sebagai guru.

    ReplyDelete
  15. Hairan bagaimana pelajar boleh keluar dari kawasan sekolah tanpa surat kebenaran daripada guru kelas dan guru bertugas. Pelajar yang ingin keluar dari kawasan sekolah perlu menunjukkan satu salinan surat kebenaran kepada jaga sekolah, sebelum dibenarkan keluar. Mereka juga perlu diambil oleh ibu bapa atau penjaga.

    ReplyDelete
  16. lain kali parent pown kne la ambil tindakan yg btol......cbe pikir blik...pernah ke die tye ank die 2 tiap2 hari psal keje sekolah....knape cikgu 2 marah gile kat bdak pompuan 2.....??..tp cikgu 2 pown silap gak.....marah xkne tempat....so dlam kes ni dua2 salah...yg parent buat tindakan mcm 2...yg cikgu nye plak wat tindakan mcm 2......so pihak sape yg btol kite xtau......saye ckp atas dasar pengalaman....

    ReplyDelete
  17. ank aku pun kena rotan juga,,,alhamdulillah ...skrg ni dah pandai cakap cina dahhh...

    ReplyDelete
  18. Alhamdullilah, cikgu sebat aku sehingga aku jadi manusia skrg, ramai kwn yang nakal dulu dah berjaya dalam hidup.. Terima kasih cikguku tahun 1989-1994 dalam ingatan

    ReplyDelete