13:20 0

Bayi Maut Melecur Dalam Inkubator di Hospital

Seorang bayi baru lahir meninggal dunia akibat melecur dipercayai selepas ditinggalkan di dalam inkubator di hospital kanak-kanak Quanzhou, China.

Gambar bayi berusia 12 hari itu telah disiarkan kepada umum selepas ia dimuatnaik dalam laman web China iaitu Sina Weibo.

Menurut Beijingcream.com. bayi berkenaan dimasukkan ke dalam inkubator semalaman sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan dia mengalami selesema.

Haba di dalam inkubator itu bagaimanapun dilaporkan panas menyebabkan bahagian belakangnya melecur.
Kematian bayi kecil itu disifatkan sebagai kemalangan ngeri.

Apa yang menyebabkan kemarahan ramai ialah terdapat laporan bahawa kamera pengawasan yang diletakkan di situ pada malam kejadian, telah dipadamkan.

Hospital terbabit juga dikatakan enggan mengambil tanggungjawab di atas kematian bayi tersebut manakala kakitangannya pula enggan memberikan sebarang komen kepada media.

Gambar bayi tersebut telah tersebar ke seluruh China dan dunia, selepas ia dimuat naik melalui Sina Weibo yang juga dikenali sebagai Wibo.

Laman web berkenaan amat popular di China dan semasa perayaan tahun baru China lalu, ia berjaya mengatasi Twitter dan mencatatkan rekod setiap minit.

0 comments:

Post a Comment