Bagaimanapun Betty mendedahkan baru-baru ini dia dimarahi oleh temannya,Yasmin Hani dan ibu mertuanya.
“Sebenarnya masa tiga bulan pertama hamil, saya memang sangat lemah. Asyik tidur dan murung saja. Tiada selera makan. Berat badan saya turun 4 kg. Tapi Alhmdulillah bila usia kandungan saya cecah empat bulan, saya mula ada tenaga dan aktif macam sewaktu anak dara dulu. Baru ada selera makan.
“Jadi bila dah ada tenaga, 1 Ramadan lalu saya berpuasa. Walaupun ibu mertua saya dah bagi amaran awal-awal supaya tak perlu puasa tapi saya puasa juga. Sebab saya fikir kalau tak puasa, nanti susah nak ganti semula.
“Hari kedua puasa, ibu mertua saya datang serang saya di rumah. Dia kata, kalau mengandung tak diwajibkan puasa. Tak perlu ganti pun tapi boleh bayar fidyah. Saya baru tahu tentang itu jadi saya tak puasa. Memang sepanjang saya berpuasa tu pun, saya berasa sangat dahaga yang luarbiasa dan cepat lapar”, kata Betty Benafe kepada Malaysian Digest.com ketika ditemui pada majlis berbuka Puasa Universal Music Malaysia dan Rumpun di Restoran Warisan, Dataran Merdeka semalam.
Pemilik nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe ini bernikah dengan Bruce Darghous yang berdarah kacukan England dan Lebanon pada 8 Disember 2012.
Tak cukup dengan ibu mertuanya, Betty juga mendedahkan dia teruk dimarahi oleh Yasmin Hani (Hani). Ini kerana pada peringkat awal kehamilannya hingga mencecah tiga bulan dia tidak mengambil vitamin kesihatan. Sehinggalah dia bertanyakan kepada Hani mengenai makanan kesihatan yang diamalkan oleh temannya itu.
“Hani hamil sebulan awal dari saya. Memamg masa tiga bulan tu saya tak bagi tahu sesiapa sebab ikut pesan orang tua-tua. Lagipun saya takut tak ‘menjadi’. Tapi lepas tu saya ada tanya pada Hani, dia ambil vitamin apa? Hani terkejut bila dapat tahu yang saya mengandung. Dia mengamuk sebab saya tak ambil apa-apa vitamin.
“Hani cadangkan saya ambil vitamin, buat senaman yoga juga berenang. Pembaca berita TV3, Azwaliza Azman pun ada nasihatkan saya untuk ambil makan kesihatan. Saya banyak rujuk pada teman-teman yang berpengalaman sebab maklum lah anak sulung dan saya tak ada banyak pengetahuan tentang kehamilan”, katanya.
Begitu pun Betty merahsiakan jantina bakal anak sulungnya itu kerana dia mahu mengumumkannya sewaktu kemunculan bersama Yasmin Hani menerusi sebuah program khas tentang ibu hamil, tidak lama lagi.
Dalam pada itu Betty turut berkongsi mengenai gelagat suaminya yang nyata begitu teruja bakal bergelar ayah. Beritahu Betty, sejak kebelakangan ini Darghous cukup mengambil berat tentang dirinya.
“Dia ekstra teruja! Dia layan saya sepenuh kasih sayang. Semasa jerebu hari tu, dia langsung tak bagi saya keluar rumah, dia suruh saya duduk dalam bilik saja”, ujarnya.
Meskipun berbadan dua, Betty tetap aktif dan kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama. Malah dia baru selesai menjalani penggambaran sebuah telemovie untuk saluran Suria TV. Selain itu dia baru saja mereleasekan single berjudul Tak Sengaja.
“Selagi saya kuat, saya akan bekerja. Lagipun saya dah biasa bekerja dan memang tak boleh duduk diam. Suami saya okay, dia tidak letakkan had. Cuma dia selalu ingaatkan saya yang saya sekarang sedang hamil. Sebab, kadang-kadang kerana asyik bekerja, saya terlupa saya ni hamil”, katanya yang dijangka bersalin sekitar pertengahan Disember depan. – MalaysianDigest
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.
ReplyDeleteMenurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.
Saya lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan wanita yang kerap hamil dan menyusu anak kecil pada bulan Ramadan hendaklah membayar fidyah sahaja tanpa qada (ganti) puasa yang tertinggal. Pendapat ini didukung oleh Ibn Umar dan Ibn Abbas dan lain-lain. Pendapat ini juga dilihat sebagai lebih bersimpati dengan kaum wanita yang menghadapi masalah-masalah kwanitaannya.
ReplyDeleteKaum ibu di luar bandar pada hemat saya lebih banyak menghadapi masalah ini. Setiap kali Ramadan tiba, mereka sama ada dalam tempoh bersalin atau menyusukan anak. Jika hukm mewajibkan mereka mengganti puasa yang tertinggal, akan terjadi suatu keberatan terhadap mereka, sedangkan Islam agama rahmat dan mudah dihayati.
Bagi ibu-ibu yang tidak kerap bersalin atau yang jarak kehamilannya jauh, seperti kebanyakan wanita moden yang tinggal di kota atau yang hamil hanya sekali atau dua kali sahaja seumur hidupnya, saya berpendapat lebih baik bagi mereka menggantikan puasanya, kerana tidak cukup alasan baginya untuk membayar fidyah sahaja tanpa puasa. Kelonggaran hukum hanya dipertimbang bagi mereka yang menanggung beban dan kesulitan sahaja.
Dalam kesempatan ini saya ingin menasihatkan, khususnya terhadap kaum wanita yang ada menaggung puasa wajib yang belum digantikan, hendaklah menggantikannya dengan segera, kerana setiap orang tidak mengetahui apa akan terjadi pada masa-masa akan datang. Jika hutang sesama manusia menghalang roh seseorang untuk mendapat balasan baik di akhirat, hingga hutang diselesaikan, maka hutang puasa yang merupakan salah satu rukun Islam, lebih wajar disempurnakan dengan segera. Wallah A`lam (sumber dari :
http://www.drhayei.com/2010/08/hukum-puasa-ibu-hamil-pada-setiap-tahun.html)