Black dan pasanganya ditipu oleh perunding perkahwinan yang telah diupah oleh mereka.
“Saya sama sekali tidak menyangka benda akan jadi begini. Saya telah membayar wang sebanyak RM30,000 kepada perunding perkahwinan tersebut pada bulan Mei lalu, namun sehingga sekarang masih tiada hasil,”
Pertemuan terakhir antara Black dan perunding perkahwinan itu adalah pada 3 Julai lalu dan dia berjanji untuk memulangkan baki RM30,000 yang dibayar oleh Black. Penyanyi tersebut mula hilang kepercayaan kerana perunding perkahwinan terbabit mengambil pendekatan untuk berdiam diri setelah dia membayar wang pendahuluan sebanyak RM15,000.
Black juga telah membuat laporan polis pada minggu lepas. Black juga menafikan perkahwinannya mendapat penajaan sepenuhnya. Sebaliknya perbelanjaan dikongsi bersama pihak pengurusannya, Monkey Bone. Masih dalam perancangan, perkahwinan Black itu nanti bakal disiarkan secara langsung di salah sebuah stesen televisyen popular.
0 comments:
Post a Comment