Farid Kamil Tak Bagi Ibu Mertua Jumpa Cucu dan Diana Danielle
Farid Kamil tidak membenarkan ibu mertuanya, Norsiah, bertemu dengan Diana Danielle dan anak mereka kerana bimbang sesuatu yang negatif berlaku.
“Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri & anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka”
“Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati” “Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu,” kata Farid Kamil yang ingin menyelesaikan beberapa perkara selain mendakwa ibu mertuanya itu tidak merestui perkahwinan mereka.
“Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar. Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin,” tambahnya lagi
0 comments:
Post a Comment