10:16 0

Guru Besar SK Seri Pristana Ambil Cuti Selepas Diugut Bunuh

Guru besar SK Seri Pristana di Sungai Buloh mengambil cuti seminggu atas kehendaknya sendiri, berikutan kekecohan di media sosial mengenai isu murid makan di bilik persalinan.

"Saya memutuskan untuk mengambil cuti secara sukarela selama satu minggu bermula dari hari ini (Khamis). Saya juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama selepas saya menerima dua ugutan bunuh.

"Saya memutuskan bahawa saya perlu berada jauh untuk keselamatan saya sendiri selepas saya mendapat ugutan bunuh.

"Saya harap orang ramai tidak akan membangkitkan perkara itu lagi, dan saya telah meminta pihak sekolah untuk mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan untuk memastikan bahawa pelajar-pelajar sekolah adalah selamat," katanya kepada The Star dalam satu temuramah malam Khamis.

0 comments:

Post a Comment