Pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim atau Fida mengakui telah
berbaik-baik semula dengan bekas kekasihnya iaitu Mamat (Sepah) selepas
mereka muncul dalam sebuah program Apa Saja FBI di TV9 baru-baru ini.
Fida, 27, bagaimanapun berkata, hubungan tersebut tidak lebih
daripada sekadar rakan biasa dan dia tidak mahu mengingati peristiwa
buruk yang pernah berlaku di antara mereka.
"Kami kembali berbaik selepas sama-sama muncul dalam sebuah program
dan hubungan itu hanyalah sekadar teman biasa. Mamat sebenarnya bukanlah
seorang yang jahat untuk saya musuhi atau jauhi.
"Apa yang telah berlaku sebelum ini saya tidak mahu lagi kenang dan ambil pengajaran daripadanya," jelasnya ketika ditemui mStar Online.
Hubungan Mamat dan Fida sebelum ini berakhir selepas pelawak tersebut
dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang
menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya mengakibatkan
ia terus tersebut tersebar luas di Internet.
0 comments:
Post a Comment