Searching...
10:22 0

Inikah Jodoh Abby Abadi?

Nampaknya Abby Abadi telah membuat ramai tertanya-tanya dengan gambar di instagramnya.

 Antara gambar yang dimuat naik adalah gambar cincin berbentuk hati dengan status 'Jodoh Rahsia Allah'. Malah dia turut memaklumkan akan mengumumkan 'berita bahagia' sambil mengharapkan doa daripada pengikutnya.

 Tidak lama selepas itu, Abby memuat naik pula gambar kabur seorang lelaki yang sedang memegang bunga dengan status bertulis 'Jeng! Jengggg! Jenggg!!! Taraaaaaa!'. Inikah lelaki yang telah berjaya mencuri hatinya? 

Pada 3 Julai lalu, Abby ada memuat naik gambar yang telah menimbulkan persoalan dikalangan peminatnya. Gambarnya bersama seorang lelaki bernama Farhan itu turut disertakan dengan 'caption' berikut;

 "Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong... bgtau jer.... orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu... Semoga impian terlaksana."

 Harap-harap Abby cepat-cepatlah mengumumkan "berita bahagia" itu :) 

-mediahiburan- 




0 comments:

Post a Comment