01:22 0

Liyana Jasmay Dedah Sikap Suami



Liyana Jasmay Dedah Sikap Suami

Pelakon, Liyana Jasmay telah mendedahkan sikap suami tercintanya yang sering cemburu. Suaminya, Fathuddin Mazlan mempunyai sifat cemburu jika melihat dia berlakon dalam adegan-adegan cinta dan romantik. Ialah siapa tak cemburu jika isteri berpegang tangan dengan lelaki lain kan.

Kata Liyana:

Sudah hampir enam bulan kami kahwin, suami saya masih tidak dapat menerima sepenuhnya perjalanan dunia seni saya malah dia sering kali meluahkan perasaan cemburunya jika melihat saya melakonkan adegan romantik.

 “Tetapi saya faham, perasan itu wujud kerana dia mahu menjaga isterinya dan saya harus menjaga hatinya pula,”

Setakat ini jika ada mana-mana tawaran yang memerlukan saya bersentuhan dengan mana-mana lelaki, saya akan maklumkan kepada suami terlebih dahulu dan dia meminta saya agar tidak keterlaluan melakonkan adegan berkenaan,

Menurut Liyana, dia menggemari sikap cemburu itu kerana ia adalah petanda betapa si suami benar-benar mengambil berat dan sayangkan seseorang isteri.



 -mstar-

0 comments:

Post a Comment