Searching...
11:39 0

Menantu pukul mentua.



KLANG: Seorang wanita warga emas dan anaknya cedera parah dibahagian kepala hingga doktor terpaksa menjahit bahagian luka yang terkoyak apabila mereka diserang dengan menggunakan sudip besi oleh menantu perempuannya. Pergaduhan bermula apabila Lim Kae Poy, 67, pergi ke kondominium menantu perempuannya di Bandar Baru Klang pada Sabtu untuk mengambil buku sekolah milik cucunya


"Sebaik sahaja saya masuk ke dalam rumah, dia menuduh saya mencuri kertas jos daripada ruang tamu rumahnya. Dia berang dan terus membaling besi logam ke arah saya namun saya sempat mengelaknya.

"Dia kemudiannya memukul kepala saya dengan sudip besi,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Lim berjaya melarikan diri dan membuat laporan di balai polis Bandar Baru, namun anggota polis membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapatkan rawatan kerana dia mengalami pendarahan yang berlebihan.

Kepalanya yang terkoyak terpaksa dijahit dengna lima jahitan.

Anak lelakinya, Liew Pang @ Low Pang, 37, yang sebelum itu cuba melarikan pergaduhan berkenaan turut dipukul di bahagian kepala oleh isterinya.

Liew bagaimanapun tetap berada di kondominium berkenaan selepas ibunya melarikan diri, dan cuba menenangkan isterinya daripada bertindak di luar kawalan.

Dia kemudiannya mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran. Kepalanya yang terkoyak turut dijahit dengan lima jahitan.

Liew berkata dia membuat laporan polis pada keesokan harinya di balai polis Sungai Kapar, dan dia turut ditahan selama empat hari.

Pihak polis memberitahu dia isterinya telah membuat laporan sebelum itu memaklumkan dia telah dipukul.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Shukor Sulong mengesahkan laporan polis telah dibuat oleh ketiga-tiga individu berkenaan. 

0 comments:

Post a Comment