10:17 0

Pelakon Wanita Dicekup Tidak Puasa

 
Dari laporan Sinar Harian Online, seorang pelakon yang pernah diberi jolokan nama seorang artis seksi luar negara telah dicekup bermain mahjung di sebuah pusat siber di Bandar Puteri, Puchong, semalam.
 
Pelakon yang ditahan bersama seorang lagi wanita turut dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman dengan memberi alasan sakit perut.
 
Difahamkan, kedua-dua wanita itu dipercayai tidak berpuasa, menghisap rokok serta menikmati minuman yang terhidang dan memberi alasan sakit perut ketika dicekup di bilik VIP di tingkat tiga premis terbabit.

Ketika serbuan, wanita berusia lingkungan 30-an itu leka bermain mahjung bersama dua lelaki bukan Islam di dalam sebuah bilik kecil yang terletak di sebalik ruang permainan snuker
 
Difahamkan, pelakon tersebut kelihatan resah dan berjalan mundar-mandir apabila wajahnya dirakamkan dan namun dibebaskan selepas butir keterangan dirinya diambil.

0 comments:

Post a Comment