Peminat Luah Perasaan kepada Farid Kamil
Terbaca di artikel Yahoo Malaysia tentang isu Farid Kamil yang semakin menjadi bahan bualan akhir-akhir ini. semuanya bermula dengan berita kehamilan Diana beberapa minggu selepas mereka berkahwin. Satu demi satu isu timbul dan yang terbaru isu persengketaan Farid dan ibu mertuanya, Norsiah yang amat rapat dengan Diana.
Jom baca artikel penuh:
Ramai peminat meluahkan reaksi tidak senang di laman sosial Facebook dengan tindakan pelakon Farid Kamil yang enggan membenarkan ibu mentuanya Norsiah Ramli berjumpa isterinya, pelakon Diana Danielle dan juga anak mereka sebelum bersemuka dan menyelesaikan beberapa perkara dengannya.
Menurut laporan dari Berita Harian, rata-rata peminat berpendapat Farid tidak sepatutnya menggunakan kuasa sebagai seorang suami untuk menghalang Norsiah dari berjumpa dengan anaknya sendiri iaitu aktres Diana Danielle Danny Beeson.
Salah seorang peminat berkata Farid seharusnya bersikap adil terhadap ibu mentuanya sendiri dan tidak patut menjarakkan hubungan antara ibu dan anak tambah-tambah lagi Diana merupakan anak tunggal kepada Norsiah.
"Mentang-mentanglah syurga Diana terletak di bawah tapak kakinya, tidak bermakna Farid boleh menggunakan alasan itu sewenang-wenangnya untuk mengawal isteri. Jika dia benar-benar cintakan Diana, berikan ruang dan peluang kepada isteri dan mentuanya untuk bersemuka. Rumah tangga akan lebih berkat jika kita mengalah dengan mentua," tulis peminat tersebut.
Ada juga peminat yang yakin Farid mempunyai sebab tertentu dan berhak melindungi isteri dan anak kerana dia ketua keluarga.
Selain itu, ada juga segelintir peminat yang mengkritik tindakan Farid yang dilihat seperti membuka pekung di dada sendiri dan tidak bersetuju dengan tindakan Farid yang cuba 'merampas' Diana sepenuhnya.
poyo punya farid kamil...suka bikin repulasi...
ReplyDelete