15:10 0

Raja Azmi Suka Kisah Peribadi Jadi Tatapan

Produser filem Raja Azmi mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah apabila kontroversi kisah kehidupannya sering menjadi berita utama media.

Malah Raja Azmi atau nama sebenarnya Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, berkata, dia suka kisahnya didedah kerana ia dapat memberi pengajaran buat masyarakat terutamanya golongan wanita.

"Mungkin ada selebriti yang tidak suka hal peribadi menjadi kontroversi tetapi saya pula suka apabila kisah kehidupan saya didedahkan umum.

"Jadi, masyarakat boleh menilai dan menjadikan kisah saya sebagai pengajaran sendiri. Yang baik jadi teladan, yang buruk jangan diikutkan," katanya. -mstar

0 comments:

Post a Comment