11:07 0

Tasha Shila Dah Kahwin?

Tasha Shila akhir-akhir ini kurang diberi perhatian selain kelibatnya di drama atau filem yang jarang kelihatan. Begitu juga setelah namanya langsung tak tersenarai dalam anugerah bintang popular tahun lepas.

Setelah sekian lama tak degar cerita, tiba-tiba ada cerita mengatakan bahawa Tasha sebenarnya dah berkahwin. Huhu, malah beautiful nara juga telah mengatakan mungkin seorang lelaki yang meminati Tasha yang membuat cerita itu. Macam-macam. jom baca lagi:

Laporan BeautifulNara:

Kompang tak berbunyi, bungga manggar tak dipasang, tup-tup terdengar khabar angin menyatakan Tasha Shilla sudah berkahwin.

Yang menariknya, lelaki yang dikatakan sudah berkahwin dengan Tasha Shilla ini bukanlah Mahali Jasuli atau Datuk J yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini. Identiti lelaki ini tidaklah pula diketahui. Mungkin lelaki ini sengaja buat cerita kerana kemarukkan Tasha? Terang Tasha Shilla:-
Kahwin? Dengan siapa pula saya berkahwin ni? Bila majlis itu? Inilah gosip pertama saya mengenai perkahwinan. Saya sendiri tak tahu siapa yang menyebarkan berita ini dan apa motif sebenarnya. Kalau betul saya kahwin, kenapa saya merahsiakan perkara ini? Bukankah ia perkara baik yang perlu dikongsi bersama. Lagi satu, siapakah gerangan lelaki itu? Saya pun nak tahu

Kalau betul gentleman, janganlah sebarkan berita mengarut ini. Pergi jumpa Tasha Shilla depan-depan dan luahkan isi hati anda. Jangan pendam. Kang kena rembat dengan orang lain, hati sendiri juga yang merana. Namun mungkin anda perlu bersabar sedikit kerana Tasha Shilla buat masa ini malas lagi nak bercinta.
Buat masa ini, saya malas nak fikir soal cinta ataupun pasangan hidup. Keutamaan saya adalah untuk bekerja dan cari duit. Saya lebih selesa untuk fokus dalam kerjaya yang menjadi punca pendapatan. Walaupun saya kurang menyerlah, namun rezeki dalam industri masih ada. Bukan apa, kalau terlalu mendapat publisiti mengenai soal peribadi juga tidak elok. lebih baik orang bercerita pasal saya mengenai hasil kerja

0 comments:

Post a Comment