Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,74, dimasukkan ke
Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan kerana radang di
bahagian kaki yang dialaminya, kata pegawai khas beliau, Teoh Ai Hua.
Beliau berkata Abdullah, yang lebih dikenali dengan panggilan Pak
Lah, berada dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin bagi
merawat cellulitis, keradangan yang berkaitan dengan tisu penghubung.
"Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor, beliau telah
dinasihatkan untuk menjalani rawatan dan kini Abdullah sedang berehat,"
katanya kepada The Star, ketika dihubungi pada SAbtu. Beliau turut
mengesahkan Abdullah, dirawat di IJN bukan disebabkan oleh penyakit
lain.
"Dalam istilah kesihatan, beliau kini sedang pulih dengan baik dan
Teoh mengakui bekas Perdana Menteri itu dirawat di IJN kerana pakar
perubatan yang biasa merawatnya berada di sana," katanya.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan
Tengku Mansor berkata beliau telah bercakap dengan Abdullah selepas
dimaklumkan beliau tidak sihat.
"Saya bercakap dengan Pak Lah menerusi telefon (dan) kini berada di
IJN. Beliau tidak sihat (dan) marilah kita sama-sama berdoa beliau cepat
sembuh," tulisnya di akaun twitter milik beliau. -mstar-
0 comments:
Post a Comment