14:51 1

Video Hina Islam



Kes menghina agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi dan kali ini video kontroversi seorang lelaki meraikan Aidilftiri bersama tiga ekor anjing dengan berlatarbelakangkan audio Takbir Raya.

Video ini di upload oleh Chetz Yusof, seorang Muslim pada 2010.
 
Motif video belum dapat dipastikan, tetapi banyak yang berang dan marah kerana ianya menyentuh sensitiviti umat Islam dan menghina agama islam.

Dengan takbir pada permulaan video selama 1:44 itu,kemudian muncul tiga ekor anjing yang dibawa oleh seorang lelaki (ke perempuan??) memakai Baju Melayu.

Kemudiannya, lelaki/wanita  ini membasuh kaki anjing yang hitam dan kemudian membasuh kakinya seolah-olah perbuatan mengambil wudhuk sebelum dia mengelap pula wajah anjing itu.

Semua adegan ini berlatarbelakangkan audio Takbir Hari Raya yang jelas mempersendakan alunan suci agama Islam ketika menyambut lebaran.
Kemudian, video ini memaparkan pula aksi si lelaki membuka kuih raya dan diletakkan di atas meja di ruang tamu sebelum di makan oleh ketiga-tiga ekor anjing tadi.
Video diakhirkan dengan pesanan “Raikanlah Aidilfitri Bersama-sama Tanpa Mengira Spesis” menunjukkan kononnya perbezaan antara manusia dan haiwan. Hmm ia pasti menyentuh sensitiviti semua Muslim di negara ini. Alunan takbir yang digunakan seperti disengajakan untuk menerbitkan rasa marah.


tonton video :

Latar belakang Chetz.

video di bawah:


1 comments:

  1. Ini minah pengkid,ada hati nak hina agama Islam

    ReplyDelete