Pengalaman Pahit: Ahli Shiro Raja Lawak Ditangkap Pada Malam Raya
Pernah menjadi 'mat rempit', kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak mengaku mereka telah melalui pengalaman ditahan pihak polis pada malam menjelang hari raya, gara-gara terlibat dengan lumba haram.
"Kami ditahan polis kerana berlumba haram. Kejadian itu berlaku di Kluang, Johor, masa kami berada di tingkatan lima, pada 2001.
"Dek kerana sikap 'bodoh' sendiri, kami telah ditahan di lokap dan terpaksa dibawa pulang oleh kedua ibu bapa.
Masa itu, ibu bapa menangis dan saya telah kena lempang oleh abang kerana perbuatan yang memalukan itu. Selepas kena lempang, saya menangis dan meraung.
"Hari ini kejadian itu menjadi pengajaran yang sangat berguna buat saya dan juga Ajak," kata Shahrol.
Justeru, kumpulan yang popular melalui rancangan Raja Lawak ini juga tidak mahu perbuatan yang sama dicontohi oleh golongan muda hari ini.
Kedua rakan baik ini akan pulang ke kampung halaman mereka untuk berhari raya bersama keluarga tercinta menjelang 1 Syawal kali ini.
sumber- UTUSAN ONLINE
0 comments:
Post a Comment