Searching...
10:08 0

Aidil enggan ulas isu penceraianya


Kecoh dunia hiburan hari ini apabila laporan akhbar menyebut Aidil Zafuan telah bertindak menceraikan isterinya, aktress Rita Rudaini hanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Ada juga cakap cakap mengatakan kemuncak dinginnya hubungan mereka apabila Rita Rudaini meluahkan perasaan bengang terhadap Aidil Zafuan yang kini menjalinkan hubungan dengan wanita bernama Zarema.
Bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini, Aidil Zafuan meminta supaya semua pihak menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah bagi menjawab isu lafaz cerai terhadap isterinya, pelakon Rita Rudaini.
“Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti,” katanya memilih enggan mengulas mengenai cerita cerai sebagai menghormati Ramadan dan Syawal yang akan menjelang.
“Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti,” tambah Aidil Zafuan lagi.


0 comments:

Post a Comment