11:28 4

Bapa hirup darah anak selepas sembelih


Lahad Datu: “Tergamak menantu saya menyembelih anak sendiri sebelum menghirup darah yang memancut dari leher. 

Ini semua kerja syaitan,” kata Imam Nasir, 58, apabila melihat cucu lelaki kesayangannya berusia tujuh tahun disembelih bapa kandung di depan matanya dalam kejadian ngeri di Kampung Epil, Jalan Kastam Baru, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, mangsa, Haikal Salimar menggelupur kesakitan sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah di leher.


Lebih mengerikan lagi, bapa mangsa, Salimar Hamad, 35, seolah-olah tidak menghiraukan keadaan anak bongsunya yang berlumuran darah, sebaliknya bertindak menghirup darah yang membuak keluar dari leher kanak-kanak malang itu.

Sambil meluahkan perasaan marah, Imam berkata, menantunya itu bertindak seperti haiwan. 

“Saya terkejut dengan tindakannya dan ahli keluarga lain berusaha menahan perbuatan itu tetapi gagal.
- Metro


4 comments:

  1. Nauzubillah..satu lg kekejaman seorg ayah terhadap anak.. apa la nak jadi dgn dunia akhir zaman ne.. Masya Allah

    ReplyDelete
  2. nauzubillah....ank diperlkukan sbgitu....

    ReplyDelete
  3. Gila agaknye dia niG

    ReplyDelete
  4. Bla syaitan dh mnguasai diri..

    ReplyDelete