11:50 0

Ustaz Azhar Idrus kemalangan

Kemeriahan Aidilfitri masih lagi terasa namun, malang tidak berbau bagi Ustaz Azhar Idrus kerana kereta Golf GTI miliknya bertembung dengan kereta proton Saga dan mengakibatkan kemalangan.

Keadaan kedua-dua kereta itu rosak teruk dan dalam keadaan yang hampir hancur, namun Ustaz Azhar Idrus dikatakan selamat dari kemalangan tersebut. 

Kemalangan itu dikatakan berlaku sekitar pagi tadi, melihat keadaan kereta milik Ustaz dan juga salah seorang mangsa memang dalam keadaan yang sangat teruk.

Mungkin kuasa tuhan, Ustaz dan mangsa selamat dari kemalangan yang ngeri itu. Kejadian itu dikatakan berlaku di Pengadang Baru, Terengganu.





0 comments:

Post a Comment