Tahniah diucapkan kepada MIG Pictures Sdn. Bhd. dan barisan pelakon 'Adnan Sempit 3' apabila berjaya mengutip RM2.3 juta selepas enam hari ditayangkan di pawagam.
 
Banyak pihak sebelum ini kecewa dengan kualiti filem yang dihidangkan MIG seolah-olah tangkap muat dan sekadar drama petang-petang. Ini juga menjadi faktor lambakkan filem sampah di pawagam yang menyebabkan kemerosotan penonton di panggung wayang. Walaubagaimanapun filem ini berjaya menaikkan semula nama MIG.
 
Memetik laporan portal berita Astro Awani, filem yang ditayangkan pada cuti Hari Raya ini akan dilanjutkan tempoh tayangan selama tiga minggu berikutan sambutan hangat yang diterima. 
 
Penerbitnya, David Teo turut menjelaskan jenama Adnan Sempit bakal dihidupkan kembali apabila francias keempat filem ini bakal menjalani penggambaran di Thailand tidak lama lagi.
 
"Memang kita sudah rancang. Skrip untuk filem ini sudah siap. Selepas raya ini kita akan mulakan penggambaran. Kita akan gunakan tajuk Adnan Sempit Sawadeekap," ujar David yang mensasarkan kutipan sebanyak RM6 juta sepanjang tempoh tayangan 'Adnan Sempit 3'.