13:57 0

David Teo perli filem Lemak kampung Santan kerana gagal

Untuk makluman, Adnan Sempit 3 dan Lemak Kampung Santan ditayangkan serentak pada 1 Syawal. Berbanding kutipan rendah Lemak Kampung Santan, Adnan Sempit 3 telah pun berjaya mengutip RM2.3 juta. Satu angka yang sangat memberangsangkan dan pastinya menguntungkan David Teo selaku penerbit.

Filem terbitan tidak berapa laku di pawagam, hati pula terguris apabila David Teo mengeluarkan kenyataan filem Adnan Sempit 3 berjaya mengenepikan filemnya.


Kecewa dengan kenyataan David Teo, Hans Isaac berkata kepada Sinar Harian:-
Saya tidak kecewa apabila filem Lemak Kampung Santan (LKS) tidak mendapat sambutan di pawagam, tetapi saya lebih kecewa apabila membaca kenyataan David Teo semalam (kelmarin) dalam sebuah akhbar yang mengatakan Adnan Sempit 3 berjaya mengetepikan filem saya.
Bagi saya kenyataan David seperti memijak saya, apabila orang susah, kita mahu pijak lagi. Sebagai penerbit dia sepatutnya lebih profesional dan tidak mengeluarkan kenyataan seperti itu

0 comments:

Post a Comment