Searching...
09:58 0

Suami pukul isteri dalam lif menyerah diri

Lelaki yang jadi buruan polis selepas membelasah isterinya dalam lif di Pulau Pinang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, jam 4.45 petang tadi.

Rakaman video seorang isteri dibelasah suaminya yang tersebar di laman YouTube sejak kelmarin.

Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu bukan sahaja memaparkan aksi seorang isteri dipukul bertubi-tubi oleh suaminya malah turut diterajang lelaki terbabit di hadapan dua anak mereka di dalam lif.

Kejadian berlaku di lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu.

Kejadian dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.  

Ekoran itu, polis semalam mula memburu suspek yang merupakan seorang penjawat awam. Sejak semalam gambar suspek telah tersebar luas di laman sosial dan juga di laman sesawang.


- Sinar 




0 comments:

Post a Comment