Searching...
12:58 5

Hans Isaac Kecewa Filem Lemak Kampung Santan Gagal

Penerbit dan pengarah filem Lemak Kampung Santan, Hans Isaac meluahkan rasa kecewa apabila filemnya gagal meraih kutipan yang memberangsangkan pada minggu pertama tayangan filem tersebut di pawagam.

Kenyataan yang dibuat menerusi akaun Twitter miliknya, @hansisaacactor antara lain menyebut usahanya selama dua tahun menghasilkan filem tersebut tidak mendapat sokongan yang penuh dari pelbagai pihak termasuk pihak pemamer dan penonton.

Sehingga Ahad lalu, filem tersebut hanya berjaya mengumpul kutipan kurang RM100,000 di pawagam.

Lemak Kampung Santan merupakan salah sebuah filem yang ditayangkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Turut ditayangkan adalah filem Adnan Sempit 3.

Kedua-dua filem tempatan itu juga perlu bersaing dengan filem antarabangsa seperti Percy Jackson dan The Smurfs 2.

Pemenang trofi Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik FFM21 menerusi filem Cuci itu berkata industri filem tempatan sukar untuk maju tanpa mendapat sokongan.

“Filem Lemak Kampung Santan dihasilkan dengan kos sebanyak RM1.8 juta. Tall Order Productions mengeluarkan sejumlah wang yang besar demi untuk memajukan industri agar di masa akan datang, syarikat saya berpeluang untuk menghasilkan filem yang lebih berkualiti untuk di bawa ke peringkat antarabangsa.”

“Tanpa sokongan dalam berkarya terutamanya dari pihak yang lebih berkuasa menyebabkan saya putus harapan terhadap industri ini.”


Memutuskan untuk tidak lagi menghasilkan filem, pengarah itu mengambil keputusan untuk memfokuskan kreativitinya kepada dunia pentas teater.

Terbaru, Hans bakal menerbitkan sebuah teater muzikal dari kisah legenda bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari yang berjudul SuperMokh The Musical.

Teater tersebut bakal dipentaskan di Istana Budaya pada November depan.

Selain SuperMokh The Musical, Hans turut dalam perancangan untuk menerbitkan Lawak Ke Der 3 di pentas yang sama Oktober depan.


Filem Lemak Kampung Santan dibintangi oleh Hans Isaac, Neelofa, Awie, Khir Rahman, Natasha Hudson, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Lemak Kampung Santan mengisahkan seorang lelaki bandar bernama Ridzuan (Hans Isaac) yang telah jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Tiqa (Neelofa). Namun percintaan mereka tidaklah semudah yang disangkakan. Ridzuan merupakan seorang arkitek di sebuah syarikat pembinaan yang tersohor manakala Tiqa seorang penjual nasi lemak di Kampung Santan.

Mereka bertemu kali pertama di Kampung Santan dan kedua-duanya cepat mesra antara satu sama lain. Tanpa pengetahuan Tiqa, Ridzuan merupakan ketua untuk mengendalikan projek pembinaan resort di Kampung Santan dan ini bermakna penduduk di situ terpaksa berpindah. Ridzuan telah cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perkara itu daripada Tiqa namun tanpa pengetahuan Ridzuan, Tiqa juga turut menyimpan satu rahsia daripadanya.

-astroawani-


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hans-isaac-kecewa-kutipan-filem-lks-mahu-fokus-teater-20197?cp


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/hans-isaac-kecewa-kutipan-filem-lks-mahu-fokus-teater-20197?cp

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. orang balik kg hari raya jadi tak ada orang nak tgk wayang.... kat kg mana ada panggung wayang kat kelantan kat terengganu pun satu jer tu pun jauh....kalu ada g tgk pun yang duduk kat bandar... orang cina india tgk citer luar...mcmana la....saya rasa lain kali jangan tayang citer waktu hari raya..semua sibuk nak beraya..jd tak ada masa nak tgk wayang...citer dah best dah....sori

    ReplyDelete
  3. tak ada panngung wayang kat kampung macam mana mau pi tgk......kat perlis pun x ada pawagam macam mana....

    ReplyDelete
  4. Sokong 2....time raya org xsempat nk tgk wayang....jem nk blk kg pun dah brapa lama...

    ReplyDelete
  5. cerita best. jalan cerita best. cuma timing kot tak betul. masa raya?

    *neelofa comel

    ReplyDelete