Searching...
13:09 2

Kes 13 Pelajar UiTM Dirogol

Rektor Universiti Teknologi MARA (UITM) Kampus Jengka, Datuk Dr. Hilmi Abdul Rahman, kesal dengan sikap segelintir pelajar yang menyebar khabar angin konon berlaku beberapa kejadian rogol di kampus berkenaan sejak dua minggu lalu.

Katanya, penyebaran berita tidak benar itu menimbulkan keresahan ibu bapa, masyarakat dan pemimpin tempatan, terutama mengenai tahap keselamatan pelajar di kampus universiti itu.

"Sejak tersebarnya berita palsu ini, pihak universiti sudah menjalankan siasatan, namun tiada bukti menunjukkan berlakunya kejadian itu, tetapi semua keterangan mereka bercanggah antara satu sama lain," katanya selepas merasmikan pertandingan "Spell Camp" di bawah program Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) di dewan kuliah universiti, kelmarin.

Hilmi berkara jika berlaku kejadian rogol di kawasan kampus, sudah tentu ada aduan mengenainya dibuat kepada polis, pensyarah atau pentadbir universiti.

Ternyata masih belum ada kepastian tentang kes rogol yang dikatakan berlaku di Uitm ini. Diharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tentang kes ini.

Berita lanjut di - Harian Metro






2 comments:

  1. Saya Salah Seorang Anak Staff UiTM Jengka,....Dan Memang Berita Tentang Rogol Ini Palsu Belaka

    ReplyDelete
  2. merepek je semua ni .. saya student uitm ... kalau betul .. kenapa tak report awal2 ? sengal ... saje nak burukkan nama uitm

    ReplyDelete