Setelah diceraikan oleh suaminya Aidil , melalui SMS Rita Rudaini telah meluahkan perasaan hatinya di Instagram melalui foto nota.
Sudah jatuh di timpa tangga itulah ungkapan yang sesuai untuk Rita yang sudah sekian lama memendam rasa dengan bekas suaminya.
Ikuti Luahan hati Rita di bawah:- Semoga Rita tabah mengharungi dugaan yang amat berat ini.
LUAHAN RITA:
LUAHAN RITA:
"Allah maha kaya, Allah maha Adil, Allah maja Kuasa, Doaku moga Allah beri balasan yang setimpal pada mereka itu. Terkejut aku dengan manusia-manusia jahil agama itu. Mereka itu lebih jahat dan dahsyat dari Syaitan. Doa aku dan anak-anak tidak akan putus...amin.
"Allah Lebih mengetahui, apa yang kita ada ni semua hak Allah termasuk diri kita sendiri. Bergembiralah atas derita orang lain, InsyaAllah masa anda akan tiba kerana Allah tidak pernah lupa , kerana apa yang anda apa yang anda ada sekarang ini Allah beri ada sebab.
"Itu satu ujian Allah bagi untuk melihat setakat mana adan lupa, yang pasti 1 hari nanti Allah akan tarik balik sama ada sikit-sikit atau semuanya. Bergembiralah dulu, InsyaAllah Allah pasti mendengar doa orang-orang yang dianaiya, Amin.
"Yang penting, aku bahagia dan bangga menjadi seorang ibu yang membesarkan 2 orang amanat yang Allah kurnia kini kepada aku. Pedulikan cakap-cakap buruk dan caci nista orang padaku. Yang pasti, aku bangga menjadi wanita yang berjaya menjaga maruah dan harga diri.
"Syukur Ya Allah, kerana memelihara diriku dan menjauhkan aku dari perbuatan hina. Terima kasih Ya Allah kerana menjadikan aku seorang ibu.
"Ya Allah, berkatilah mereka ini yang tak putus mendokan yang baik-baik untuk aku dan anak-anak, yang tak putus menasihati dan memberi kata-kata semangat. Sungguh mulia hati mereka ini ya Allah. Berikanlah kebahgaiaan pada mereka ini, Amin," luahnya di laman Instagram.
0 comments:
Post a Comment