14:18 0

Maksud lambang Fleur De Lis

Terjemahan Bahasa Inggeris daripada “fleur-de-lis” (kadang-kadang dieja “fleur-de-lys”). Fleur-de-lis adalah ungkapan di dalam bahasa Perancis yang memberi maksud Bunga Lili iaitu Fleur (Bunga) dan lis (Lili). Secara tradisional, simbol ini telah digunakan untuk mewakili kerabat raja Perancis.

Ia digambarkan sebagai menandakan kesempurnaan, cahaya, dan kehidupan. Menurut legenda, bunga ini dikatakan hasil persembahan malaikat kepada Clovis, raja Merovingian kaum Frank. Pemberian bunga ini dikaitkan dengan simbol penghapusan dosa Clovis kerana beliau telah bertukar memeluk Kristian. 

Selain daripada itu, Clovis juga telah menggunakan simbol ini kerana tuah bunga lili ini membolehkannya menyeberang sungai dan berjaya dalam pertempuran. Bunga lili menjadi satu pengaruh yang unik kepada simbol-simbol kerajaan beraja di negara-negara Eropah khususnya Perancis dan Sepanyol.

Simbol bunga lili ini telah dijadikan logo pada sepanduk putih oleh Joan of Arc yang menunjukkan tuhan telah memberkati fleur-de-lis menjadi lambang kerajaan Perancis ketika beliau memimpin pasukannya mencapai kemenangan ke atas Inggeris semasa menyokong Dauphin, Charles VII untuk mencari takhta Perancis.

Susulan daripada kejadian tersebut, Gereja Katolik Rom telah mengatakan bahawa bunga lili sebagai lambang khusus dari Perawan Maria (Virgin Mary). Oleh kerana fleur-de-lis mempunyai tiga “kelopak bunga,” katanya fleur-de-lis juga telah digunakan untuk mewakili Tritunggal Kudus (Holy Trinity).

Oleh itu, penggunaan simbol Fleur-de-lis juga merangkumi simbol-simbol rasmi yang diguna pakai oleh Ketua Paderi Kristian yang bergelar Pope bagi gereja besar Katholik di Vatican, Itali. 






0 comments:

Post a Comment