09:07 0

Murid tahun empat ditikam rakan sekolah


KOTA KINABALU – Seorang murid lelaki tahun empat terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala akibat ditikam menggunakan sebilah pisau oleh rakannya dalam kejadian di sebuah sekolah di Jalan Tawau Lama, Tawau pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa yang berusia 10 tahun sebelum itu dikatakan bertengkar dengan rakan sekolahnya yang berusia 13 tahun.

Dalam pertengkaran tersebut, pelajar berusia 13 tahun itu bertindak mengeluarkan pisau lalu menikam kepala mangsa menyebabkan mangsa rebah dan berlumuran darah. -kosmo-

0 comments:

Post a Comment