Searching...
09:35 0

Nelydia Senrose belum bersedia berkahwin

Pelakon Nelydia Senrose belum bersedia untuk bergelar isteri kepada kekasihnya Qi Razali dalam usia yang begitu muda. 

Nelydia, 19, atau lebih senang disapa Nely berkata, ini kerana masih banyak perkara terutama sekali tanggungjawab sebagai isteri tidak diketahuinya. "Memang saya mengaku belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. 

Bukannya mudah, banyak perkara yang harus kita tahu dan faham mengenai tanggungjawab    seseorang isteri. Namun tidak ada masalah untuk mempelajarinya jika jodoh saya dan Qi sudah sampai. "Cuma kalau boleh saya inginkan sedikit masa untuk mematangkan diri," katanya kepadamStar Online.

Tambah adik kepada Uqasha Senrose ini, dia dan Qi, 35, pernah berbincang mengenai ikatan perkahwinan mereka namun dia bersyukur kerana memiliki seorang teman lelaki yang memahami situasinya itu. 

Dalam pada itu, Nelydia juga berpuas hati kerana kisah cintanya dengan Qi tidak terlalu diberi pendedahan oleh media seperti kakaknya yang bercinta dengan aktor Pekin.

Kalau boleh kami mahu kisah percintaan kami tidak terlalu didedahkan pada umum. Cukuplah sekadar masyarakat tahu tentang perhubungan kami. Lebih elok jika kisah kerja kami sahaja yang dipaparkan, tuturnya.



0 comments:

Post a Comment