20:50 0

Tauke restoran mati dibunuh depan kedai


Pemilik restoran Nasi Kukus Paka dekat sini, dijumpai meninggal dunia dengan kesan tikaman berhampiran premis tersebut kira-kira jam 7.00 pagi tadi.

Berita yang menggemparkan penduduk tempatan apabila sebentar tadi seorang pemilik Restoran Nasi Kukus Paka, Dungun, Terengganu telah ditikam bertubi-tubi dengan senjata tajam terus rebah dan meninggal dunia ditempat kejadian.

 Ianya berlaku betul-betul di hadapan Restoran Nasi kukus kepunyaannya.

Mayat beliau dijumpai di kawasan tempat letak kereta di hadapan restoran miliknya oleh seorang pekerja kedai berdekatan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

 Adun Paka, Ustaz Satiful Bahari Mamat berkata, allahyarham yang dikenali sebagai Lutfi, biasa menunaikan solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam.

 “Kena tikam masa nak gi sembahyang Subuh. Biasa dia solat Subuh berjamaah di Surau Dar as-Salam, tauke Kedai Nasi Kukus Paka, ada empat cawangan kedai termasuk di Mydin Kuala Terengganu, dua buah di Paka dan satu di Mesra Mall,” ujarnya dipetik Buletin Online ketika ditemui di tempat kejadian.

 Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu hadir ke lokasi sebaik diberitahu meminta keluarga allahyarham Lutfi yang berasal dari Kampung Pulau Rusa Kuala Terengganu, bersabar menerima ujian dari Allah itu.

Kereta Toyota Hilux warna hitam kepunyaannya telah dilarikan oleh pembunuh. Polis kini sedang giat memburu si pembunuh.

Mohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian kejam ini dan jika mempunyai apa-apa maklumat bagi membantu siasatan sehingga tertangkapnya sipembunuh kejam ini agar menghubungi balai polis yang berdekatan.

Dipersilakan SHARE untuk maklumat. TQVM

TERKINI: mangsa di sahkan di TEMBAK


0 comments:

Post a Comment