09:55 0

Tiz Zaqyah dan kekasih akan berkahwin



Nampaknya Tiz Zaqyah tidak lagi menyembunyikan kisah cintanya kepada umum dan telah mengumukan perkembangan terbaru mengenai hubungan cintanya bersama Daniel Haziq.

Bercakap kepada Berita Harian baru baru ini, Tiz Zaqyah berkata beliau tiada masalah untuk membawa kekasihnya ke mana mana majlis sebagai teman kerana mereka memang tiada apa yang hendak di’sorok.



“Tapi untuk ditemu bual atau dirakam gambar, saya tak fikir dia mahu — lagipun, dia tak mahu berada dalam limelight. Biarlah saya seorang sahaja,” kata Tiz Zaqyah.

Tiz Zaqyah turut mengakui yang beliau ada berbincang soal masa hadapan dengan Daniel dan secara spesifik mereka memang ada perancangan untuk berkahwin. Lagi cepat lagi bagus ‘kan?

“Kami ada berbincang soal perkahwinan. Malah, tarikh perkahwinan juga sudah ada. Cuma biarlah saya simpan dalam hati saja,” 

Semoga tarikh perkahwinan itu dalam masa terdekat dan semoga jodoh Tiz dan Daniel sampai hingga ke jingang pelamin.



0 comments:

Post a Comment