Tiz Zaqyah Jelaskan Kenapa Sukar Balik Beraya
Pelakon Tiz Zaqyah mengakui sukar untuk balik beraya ke kampung halaman di Negeri Sembilan dalam tempoh yang lama berikutan mempunyai tanggungjawab terhadap haiwan peliharaannya.
Tiz, 25, berkata, dia memelihara 20 ekor kucing dan dua ekor tupai "Sugar Glider" yang menjadi penyebab jadual cuti perayaannya dipendekkan kerana tiada pihak yang mahu menjaga haiwan itu.
"Saya tidak boleh balik beraya lama, biasanya kami balik beraya sehari sahaja kerana kucing-kucing di rumah tiada siapa yang jaga.
"Saya tidak percaya rumah penjagaan haiwan kerana kes-kes penderaan yang berlaku terhadap haiwan yang ditinggalkan di bawah jagaan orang lain," katanya.
Jelas Tiz, tanggungjawab tersebut tidak pernah membuatkannya rasa terbeban malah gembira melihat kucing-kucing tersebut membesar depan matanya.
“Saya sekeluarga pencinta kucing, mula-mula saya bela dua ekor sehingga sekarang membiak jadi 20 ekor.
wahhhh... hebatnya tiz ni... percinta haiwan...
ReplyDelete