Searching...
13:00 0

70 Pelajar Diserang Histeria



Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.

Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah, 13, turut mengalaminya.

Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu. “Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah. “Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.

Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabila kejadian pelajar terjun dari bangunan sekolah pernah berlaku dua kali di lokasi yang sama dan salah seorang daripada mangsa maut pada Mei lalu manakala kejadian terbaru pada bulan lalu.


-sinar -

0 comments:

Post a Comment