16:22 0

Adam AF Dan Fiza Elite Bakal Bernikah


Penyanyi dari kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman yang kini berusia 29 tahun dikhabarkan akan mendirikan rumahtangga dengan pelakon dan penyanyi popular, Fiza pada hari Khamis ini.

Melalui laporan akhbar Berita Harian,dalam sisipan ruangan Hip, wanita yang menjadi pilihan pasangan hidup Adam AF adalah Fiza atau  Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim yang kini berumur 33 tahun.

Sebagai makluman, Fiza adalah bekas anggota kumpulan Elite di bawah naungan KRU dan aktif berlakon drama dan filem. Selain itu Fiza pernah mendirikan rumah tangga pada September 2006, namun bercerai pada November 2010 dan mempunyai anak hasil suami pertama.

Difahamkan pasangan ini berkenalan pada Ramadhan lepas, dan Fiza sebenarnya sudah merancang nikah dengan seorang lelaki yang tidak didedahkan identiti pada Jun lalu, tapi tidak kesampaian.

0 comments:

Post a Comment