Ia bermula apabila anjing peliharaannya tiba-tiba menerpa ke arah pintu bilik pembantu rumahnya yang tertutup dan mula menghidu. Sebaik sahaja Rose, 78, membuka pintu tersebut, beliau terkejut apabila melihat lelaki itu sedang bersembunyi di bawah katil.
Pembantu rumahnya pula tidak berada di dalam bilik ketika itu, memetik laporan Stomp Straits Times. Sewaktu kejadian, suami Rose yang berusia 86 tahun turut berada di rumah, namun terlantar di katil akibat strok.
Akibat terlalu takut, beliau segera menghubungi menantu lelakinya untuk mendapatkan bantuan. Menantunya yang tiba di rumah cuba menolak pintu bilik tersebut, namun dihalang oleh lelaki berkenaan dari sebelah bilik.
Ketibaan pihak polis akhirnya berjaya memaksa lelaki berkenaan keluar dari bilik, namun dia kemudiannya melutut dan menangis sambil memohon maaf atas perbuatannya.
Sementara itu, pembantu rumah warga Myanmar yang baru enam minggu bekerja dengan Rose menafikan bahawa dia mengenali lelaki berkenaan.
Dia turut merayu untuk terus bekerja di situ, namun mereka menganggap perbuatannya itu sudah melampau dan mengambil tindakan menghantar wanita itu kembali kepada agensinya. Bagaimanapun, lelaki yang dipercayai kekasihnya itu dilepaskan dan mereka tidak bercadang untuk membuat sebarang laporan polis.
-mynewshub
0 comments:
Post a Comment