20:18 0

Arja Lee Tak Putus Asa Jadi Penyanyi


Walaupun gagal menjadi 12 pelajar AF2013, tetapi bagi Arja Lee, ianya hanya sebagai platform permulaan kerjayanya sebagai penyanyi. Walaupun lebih dikenali sebagai pelakon, Arja akui betul-betul serius untuk menjadi penyanyi.

"Dulu saya sering menyanyi di pentas teater dan kerana itu saya mencuba nasib di AF 2013 namun rezeki tidak berpihak pada saya.

"Tidak mengapa, semua itu hanyalah salah satu dugaan yang harus ditempuh. Saya tidak akan berhenti menyanyi kerana ingin berjaya di bidang nyanyian juga," katanya.

Tambah Arja, dia juga bersyukur walaupun dirinya bukanlah seorang penyanyi, namun dia sering mendapat undangan nyanyian menerusi beberapa majlis-majlis korporat.

Dan kerana itu, dia juga sedang membuat perancangan untuk menghasilkan single lagu terbaharu tetapi bukan dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Arja memberitahu, sejak menyertai AF 2013 di peringkat awal, peminatnya juga bertambah menerusi laman Instagram, Twitter dan Facebook.

"Alhamdulillah, dengan publisiti yang diraih, peminat saya makin bertambah. Dalam erti kata lain, peminat kini lebih mempercayai saya. Justeru itu saya harus tampil dengan hasil kerja yang terbaik dalam lakonan dan juga nyanyian, Insya-Allah," ujarnya.

sumber: Mstar

0 comments:

Post a Comment