11:59 0

Ashraf Muslim Teruja Bakal Bergelar Ayah


 Anak merupakan rezeki tidak ternilai dari Illahi buat pasangan suami isteri. Semestinya kehidupan suami isteri akan lebih berseri dengan kehadiran cahayamata.

 Begitu juga Ashraf Muslim. Selepas isteri keduanya disahkan mengandung 6 minggu, beliau berasa begitu teruja dan bersyukur.

Menerusi Sinar Harian hari ini, Ashraf Muslim sempat menjawab telefon dari wartawan untuk bertanyakan khabar gembira ini.

“Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” katanya sebelum meletakkan telefon kerana dikatakan perlu menghadiri mesyuarat.

Imbasan. pasangan ini berkahwin pada 7 Julai yang lalu di Thailand dan telah mencetuskan kontroversi kerana ianya berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga.

Walauapapun, tahniah diucapkan buat Ashraf Muslim & Wan Sakinah sekelurga atas berita kehamilan ini. InsyaAllah episod kehamilan ini berjalan lancar atas kehendakNya.

0 comments:

Post a Comment