Tiada mohon maaf atau penyesalan dari Yasmin Hani setelah gambar perutnya dimuatnaik sendiri di Instagram. Beliau seakan menyalahkan orang lain dan peminat-peminat kerana mengkritik dan menjadikan isu ini besar. Ish ish ish...
Katanya ianya adalah simpanan peribadi sahaja. Tetapi yang peliknya kenapa perlu memuatnaik di laman sosial apatah lagi laman sosial tidak dijadikan eksklusif atau "private" dan mempunyai ramai followers yang tentunya peminat dari serata Malaysia.
Walauapapun, dikatakan gambar itu telahpun dipadam dari Instagram miliknya. Okla tu..
Jom baca kenyataan Yasmin Hani:
“Saya sedih dengan mentaliti orang kita sekarang. Kalau artis saja, semua benda salah. Gambar itu bukan untuk tatapan umum tapi sebenarnya untuk simpanan peribadi saya sendiri. Lukisan tersebut dilakukan oleh anak saudara perempuan saya di mana dia memang suka dengan kerja-kerja seni sebegini,” jelas Hani kepada GUA.
Kenapa bila saya ‘post’ perkara tentang kebajikan, tak nak pula mereka sebar-sebarkan? Saya tahu saya tak sempurna tapi saya tak pernah ceroboh privasi orang apatah lagi mengaibkan orang. Saya hormat orang lain dan saya rasa sedih sangat bila mereka buat saya begini,” luah Yasmin lagi.
0 comments:
Post a Comment