11:34 0

Bayi maut hisap susu beracun


Sacramento: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan mati selepas menghisap susu ibunya yang bertoksik mengandungi campuran metadon (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat merawat kemurungan dan masalah sukar tidur).
Tidak cukup dengan itu, kini ibu bayi malang terbabit berdepan dengan tuduhan membunuh. Sarah Ann Stephens dan Citrus Heights didakwa melakukan pembunuhan tahap kedua serta membahayakan nyawa anaknya, Ryder.

Menurut polis, Sarah menyedari kandungan ubat berkenaan adalah tinggi dalam sistem tubuhnya tetapi masih menyusukan bayi terbabit.
Lima bulan sebelum bayi itu meninggal dunia pada September 2012, dokumen mahkamah menunjukkan Sarah diarah berhenti menyusukan anaknya apabila doktor mengesan kandungan metadon tinggi dalam tubuh bayi terbabit.

Pada awalnya kematian Ryder dianggap kes biasa apabila petugas kecemasan dipanggil ke apartmen Sarah. Dua minggu kemudian ujian toksikologi menunjukkan Ryder mati kerana kandungan ubat berlebihan dalam badannya. Seorang patologi berkata, kandungan ubat dalam tubuh Ryder cukup untuk membuat individu dewasa menjadi sangat khayal. 
- Agensi


0 comments:

Post a Comment