Searching...
15:23 4

Cerita Jodoh Heliza



Penyanyi dan pelakon keluaran Akademi Fantasia, Heliza Helmi memberitahu beliau masih lagi solo dan belum mempunyai kekasih hati ketika ini. 

Beliau berserah kepada Ilahi soal jodohnya dan mengharapkan yang terbaik.

Heliza mengakui bahawa beliau masih tidak mempunyai kekasih buat masa ini kerana agak sibuk menguruskan syarikat dan kerjayanya tetapi tidak menolak yang beliau sudah bersedia untuk menempuh alam rumah tangga.

"Saya terus berdoa mendapat jodoh yang terbaik daripada Allah dengan seorang yang dapat membawa saya ke jalan yang diredai. 

Saya mengaku masih solo dan tidak terlalu memikirkan sangat pasal jodoh. Ujar beliau kepada Berita Harian. 

Beliau juga menyatakan hasrat beliau yang ingin terus berkahwin dan bercinta selepas sah menjadi kepada suami yang ditakdirkan bersamanya kelak.

Sementara itu, pelakon berusia 27 tahun ini juga bakal memasarkan produk kecantikannya sendiri namun produk berkenaan masih dalam tempoh ujian kesesuaian.

4 comments:

  1. Semoga Kak Heliza bertemu jodoh yang dapat membawa Kak Heliza ke jalan yang diredai ..

    ReplyDelete
  2. smoga Allah permudahkan jodoh akak :)

    ReplyDelete
  3. Hafiz Hamidun..sesuai sangat ;) ..

    ReplyDelete
  4. Hafiz hamidun suami org lah.. rmai lagi laki bujang.. inshaAllah kak heliza akn dpt suami yg baik dan manis mcm akk..^^

    ReplyDelete