Polis Arab Saudi menahan seorang pembantu rumah warga Habsyah kerana didakwa meletakkan cecair peluntur Clorox dalam botol susu bayi majikannya.
Akhbar melaporkan bayi berusia 18 bulan itu segera dibawa ke hospital di wilayah tengah Al Qaseem selepas meminum susu.
Bapa bayi terbabit menemui kesan cecair peluntur itu dalam botol susu anaknya sebelum diserahkan kepada polis.
Pembantu rumah tersebut dikatakan ditahan di rumah majikanya ekoran kejadian tersebut yang dianggap tidak berperikemanusian.
Polis masih menunggu keputusan ujian forensik sebelum merujuk pembantu rumah berkenaan ke mahkamah. - Agensi
0 comments:
Post a Comment