10:49 0

Deejay Radio Parah Ditikam



Satu lagi serangan jenayah. Kini melibatkan seorang deejay radio. Seorang deejay sambilan sebuah stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang beroperasi di daerah Sri Aman menjadi mangsa jenayah selepas dia cedera parah ditikam penyamun di Sri Jaya Park semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 8.45 malam dan mengakibatkan DJ Sam atau nama sebenarnya, Samei anak Epat, 31, yang bertugas di RaSA FM cedera parah di bahagian rusuk kanan dan perut, dipetik dari Kosmo.

Menurut Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad, seorang lelaki (suspek) telah memecah masuk rumahnya, di tingkat satu sebuah flat. Bersenjatakan bahan tajam diyakini pisau, suspek telah menikam mangsa di bahagian kanan.

Katanya, kehadiran suspek disedari mangsa menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka sebelum penjenayah itu menikamnya beberapa kali.

Polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan orang awam dan menemukan mangsa yang berlumuran darah dengan sebilah pisau masih tercacak di badannya, suspek sempat mengambil sebuah komputer tablet milik mangsa sebelum melarikan diri.

0 comments:

Post a Comment