Searching...
14:42 0

Pegawai Kesihatan kantoi masukan jentik-jentik

Bahau: Dua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri digantung tugas kerana didakwa memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki takungan air di sebuah bengkel kereta di sini, untuk meminta sogokan daripada pemilik premis terbabit.

Tindakan dua kakitangan terbabit, masing-masing lelaki dan wanita, terbongkar selepas perbuatan mereka kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis itu.

Pemilik bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, mendakwa seorang pekerja menghubunginya memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan menemui jentik-jentik di dalam tangki air ketika membuat pemeriksaan. Kerap ganti air “Saya hairan bagaimana jentik-jentik boleh ada kerana kami menggantikan air tangki itu dua hari sekali.

“Lebih mengejutkan, mereka meminta ‘duit kopi’ RM50 untuk mengelakkan saya dikompaun RM500,” katanya di sini, semalam. Katanya, beliau kemudian memeriksa rakaman CCTV dan terkejut apabila melihat kakitangan wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam tangki berkenaan, seterusnya membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Jempol.

Muat naik di YouTube Rakaman dimuat naik di laman YouTube dengan tajuk Malaysia True Ugly Health Officials factory for mosquitoes in check caught in CCTV, menunjukkan seorang wanita memakai jaket memasukkan sesuatu ke dalam tangki air di bengkel itu sebelum dia dan rakan lelakinya membuat pemeriksaan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan, dalam kenyataan berkata, kedua-dua kakitangan itu digantung tugas sehingga siasatan terperinci mengenai kes itu selesai. “Jika didapati bersalah, mereka akan dibuang kerja kerana kesalahan dilakukan sangat serius dan menjejaskan imej jabatan selain boleh menghilangkan kepercayaan orang awam terhadap jabatan,” katanya. - Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment