14:49 0

Pegawai Kantoi Letak Jentik-jentik Untuk Saman Premis



Pegawai Kantoi Letak Jentik-jentik Untuk Saman Premis

Telah tersebar satu video yang kian viral. Dikatakan sebuah premis telah didatangi dan diperiksa oleh pegawai kesihatan.

Kisah berlaku pada 17/09/2013 jam lebih kurang 10.30pagi, dua orang yang disyaki pegawai Kementian Kesihatan Malaysia jempol,Negeri Sembilan menjalankan tugas semakan dan pemeriksaan nyamuk aedes di kawasan industri Bahau,NS. 

Rakaman cctv telah merakamkan pegawai tersebut telah membuat sesuatu dalam tangki air disyaki menuangkan jejentik Aedes ke dalam tangki dan akhirnya berpura-pura terjumpa jejentik aedes di tangki dan cuba mengeluarkan saman atau minta rasuah dari peniaga tersebut. Pegawai-pegawai tersebut tidak tahu bahawa ada cctv atas premis tu.

Baca laporan penuh di bawah:

Bahau: Dua kakitangan Jabatan Kesihatan negeri digantung tugas kerana didakwa memasukkan jentik-jentik ke dalam tangki takungan air di sebuah bengkel kereta di sini, untuk meminta sogokan daripada pemilik premis terbabit.

Tindakan dua kakitangan terbabit, masing-masing lelaki dan wanita, terbongkar selepas perbuatan mereka kira-kira jam 12 tengah hari Selasa lalu di Kawasan Perindustrian Kwang Hup, dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) premis itu.

Pemilik bengkel yang hanya mahu dikenali sebagai Thambi, 52, mendakwa seorang pekerja menghubunginya memaklumkan kakitangan Jabatan Kesihatan menemui jentik-jentik di dalam tangki air ketika membuat pemeriksaan.

“Saya hairan bagaimana jentik-jentik boleh ada kerana kami menggantikan air tangki itu dua hari sekali.

“Lebih mengejutkan, mereka meminta ‘duit kopi’ RM50 untuk mengelakkan saya dikompaun RM500,” katanya di sini, semalam.

Katanya, beliau kemudian memeriksa rakaman CCTV dan terkejut apabila melihat kakitangan wanita itu memasukkan sesuatu ke dalam tangki berkenaan, seterusnya membuat laporan kepada Pejabat Kesihatan Jempol.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan, dalam kenyataan berkata, kedua-dua kakitangan itu digantung tugas sehingga siasatan terperinci mengenai kes itu selesai.

“Jika didapati bersalah, mereka akan dibuang kerja kerana kesalahan dilakukan sangat serius dan menjejaskan imej jabatan selain boleh menghilangkan kepercayaan orang awam terhadap jabatan,” katanya



0 comments:

Post a Comment