12:10 0

Faizal Tahir maki peminat tentang merdeka

Siapa tidak kenal penyanyi Faizal Tahir yang pernah mencetuskan kontroversi di Rocking Birthday Concert Live 2008 selepas tanpa segan silu membuka baju di atas pentas sambil disaksikan ramai peminat fanatiknya.

Sejak kontroversi itu, populariti Faizal naik secara mendadak dan mencetuskan fenomena baru dalam industri muzik tempatan. Dia kini dianggap antara penyanyi tersohor negara yang setaraf dengan Datuk Siti Nurhaliza, Ning Baizura, Awie, Amy Search, Misha Omar, Ziana Zain dan adiknya, Anuar Zain.

Terbaru, penyanyi lagu Gemuruh itu sekali lagi mencetuskan pergaduhan dengan peminatnya selepas mengeluarkan kata-kata makian di akaun Twitter. Kontroversi berkenaan timbul selepas segelintir peminat mengkritik tindakannya membawakan lagu English pada Konsert Merdeka 2013.

Di bawah ini ialah sebahagian printscreen kata-kata makian Faizal Tahir kepada si peminat yang tidak berpuas hati dengannya. Bagi admin, tidak perlulah kesalahan lalu penyanyi rock itu diungkit semula. Semua manusia memang cenderung membuat kesilapan namun ada masanya juga sedar dan berubah.





0 comments:

Post a Comment