09:34 0

Farah AF sudah bankrup?

Penyanyi dan pengacara, Farah Diana Anuar atau lebih dikenali dengan Farah AF kini dikatakan telah diistihar muflis ataupun dengan nama lain bankrup.

Menerusi sebuah keratan akhbar tempatan, satu keratan kenyataan bankrup telah dikeluarkan dan tertera nama Farah, no. ic dan juga alamat.

Ekoran daripada berita tersebut, nama Farah AF kini menjadi perhatian ramai. Mengikut laporan daripada akhbar Sinar Harian, mereka cuba menghubungi pihak Farah dan juga ayahnya namun tidak berhasil kerana telefon bimbit tidak diangkat, manakala Farah pula dikatakan menutup telefon bimbitnya.

Jika perkara ini benar, maka Farah AF akan menjadikan Farah AF artis kedua yang di istihar bankrup selepas Aweera, Mojo.

Diharap pihak Farah Diana menjelaskan isu ini agar peminat-peminat tidak ternanti-nanti apakah berita ini palsu ataupun benar.




0 comments:

Post a Comment