15:39 0

Fizo Omar bakal tamatkan zaman bujang

Sudah agak lama cerita dan gosip tentang percintaan Fizo Omar yang lalu dengan seorang perempuan yang bernama Asmidar Jaafar putus di tengah jalan.

Namun itu tidak menghalang Fizo Omar seorang pelakon lelaki kacak ini untuk kembali bercinta. Dalam diam Fizo Omar yang kini dikatakan telah mengakui sudah mempunyai penganti dan bakal bertunang dengan pilihan hatinya dalam masa terdekat ini.

Fizo Omar enggan mendedahkan identiti bakal tunangnya dan mengakui mengambil keputusan untuk bertunang selepas mendapat restu daripada kedua-dua belah pihak.

Kata Fizo menerusi Berita Harian :-


Dia masih solo dan muda daripada saya, dia juga bukan isteri atau tunang orang. Apabila keluarga sudah bersetuju, baiklah kami bertunang dan saya rasa, lebih elok kami bercinta selepas kahwin nanti.
Bagaimanapun saya tidak berani untuk cakap lebih-lebih, bimbang ia tak jadi. Saya kena jaga hati pihak sebelah sana juga, takut kenyataan saya keluarkan nanti menimbulkan ketidakpuasan hati mereka.
Saya juga tak kata nak bertunang bulan depan, cuma kalau dapat buat lagi cepat, lagi bagus. Siapa gerang orang itu, biarlah rahsia




0 comments:

Post a Comment