23:20 0

Fouziah Gous Selamat Bergelar Isteri Kepada Zhafran



Syukur dan tahniah diucapkan buat pelakon jelita, Fouziah Gous dan pasangan, Zhafran yang telah pun selamat diijabkabul dan bergelar suami isteri kira-kira 9.45 malam tadi dengan sekali lafaz sahaja. Majlis pernikahan telah berlangsung di Dewan Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam.

Buat pengetahuan, mas kahwinnya ialah sebanyak RM1,112 dan wang hantaran pula ialah RM50,000. Pihak lelaki telah membawa 7 dulang hantaran dan dibalas 9 dulang oleh pihak Fouziah. 

Barang-barang hantaran daripada pihak lelaki termasuk sireh junjung, set barang kemas dan mas kahwin, set wangian, senaskah Al-Quran, cek hantaran, tas tangan dan kacamata, manisan dan coklat.

Sementara itu, barang hantaran dibalas pihak perempuan pula ialah sireh junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, kaflin dan kacamata, tali pinggang, sebatang pen dan clutch, set wagian dan penjagaan kulit, manisan strawberi dan manisan kurma.

Semoga pasangan ini bahagia melayari bahtera. Memang sama cocok dan sama padan. :)














0 comments:

Post a Comment